Perkara yang perlu
ada untuk kertas kerja.
Perkongsian Maklumat
Tugasan 2
Objektif : untuk menjimatkan kos penggajian pekerja, syarikat bersetuju untuk mempunyai seramai
1000 pekerja : Malaysia
5 pekerja : Setiap ibu negara
Seorang disetiap negeri
Untuk memastikan syarikat berdaya saing, CEO syarikat sentiasa memerlukan pengetahuan untuk memantau keberkesanan syarikat. Pengetahuan ini boleh diperolehi oleh CEO daripada simulasi maklumat:
1 Jumlah perkhidmatan yang mampu dilaksanakan dengan jumlah kakitangan yang ada.
2 Jumlah pendapatan yang diperolehi dibandingkan jumlah gaji yang perlu dibayar.
3 Kadar output yang boleh dihasilkan daripada setiap mesin yang ada.
4 Kadar gaji yang mampu dibayar untuk satu tempoh bekerja seorang kakitangan.
CEO juga sentiasa melihat faktor-faktor luaran seperti sosio-ekonomi masyarakat setempat, ekonomi negara, kadar pertukaran mata wang dan kedudukan syarikat pesaing untuk:
1 Menetapkan kos perkhidmatan di sesebuah negara.
2 Untuk memberi sumbangan sosial kepada penduduk peribumi.
3 Untuk menambah cawangan.
Selain daripada itu, CEO juga memastikan segala urusan disemua cawagannya dirangkaikan dengan sistem komputer. Antara sistem komputer yang penting adalah:
1 Sistem maklumat kakitaangan yang dikawal di ibu pejabat, iaitu di Muar, Johor.
2 Sistem e-mail dan web.
3 Sistem mesyuarat atas-talian.
Untuk kepuasan pelanggan, CEO menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
1 pelanggan boleh mendaftar bungkusan atau surat melalui web atau datang ke pejabat.
2 Jika pendaftaran melalui web, syarikat menyediakan perkhidmatan ambil bungkusan atau surat terus daripada rumah.
3 Pelanggan boleh melihat aliran bungkusan atau surat yang dihantar. Berikut adalah satu contoh aliran:
a) Rumah pelanggan (Muar) 9:00am 1/4/00
b) Kuala Lumpur 11:30am 1/4/00
c) Taipei 5 pm 1/4/00
Soalan
Tugas anda yang
pertama adalah menyediakan satu kertas kerja yang lengkap untuk bangunkan
prasarana rangkaian komputer untuk setiap aplikasi syarikat MJAA yang
diceritakan tadi. Prasarana perlu menyatakan dengan lengkap dan jelas:
1) Alatan rangkaian (DTE/DCE) yang perlu dibeli.
2) Jenis – jenis rangkaian yang sesuai untuk membawa makluamat.
3) Perkhidmatan telekomunikasi awam (satelit , talian suwar) yang perlu
disewa.
4) Protokol yang perlu digunakan.
Perkara – perkara
lain yang perlu ada pada kertas kerja.
1) Perlu melukis pelan rangkaian komputer syarikat komputer secara keseluruhannya.
2) Pelan perlu menunjukan kedudukan semua DTE dan DCE dalam organisasi .
3) Disamping kedudukan komputer pelayan dan kedudukan setiap aplikasi yang
akan dibangunkan.
4) Rangkaian ini juga perlu menerima data yang tidak sinkroni daripada
entiti luar, terutamanya jadual penerbangan dan ketibaan pesawat dilapangan
terbang. Ini untuk memastikan bahawa pergerakan bungkusan dan surat setiap
pesawat yang membawa bungkusan dan surat data.
5) Anda juga perlu menyatakan alat komunikasi yang perlu digunakan oleh
setiap kakitangan syarikat.
Penilaian
1) Penggunaan teknologi rangkain semasa (terkini)
2) Medium yang sesuai untuk kelajuan dengan bilangan maklumat yang dipindahkan dari satu lokasi ke satu lokasi (maklumat seperti imej dan suara untuk mesyuarat atas talian)
3) Jenis rangkaian, topologi, sambungan, senibina dan kawalan keselamatan yang ada dalam sistem.
4) Pengolahan Rajah/Pelan dan setiap bahagian yang jelas untuk kemudahan semua aplikasi syarikat diceritakan.
1) anda boleh bangunkan kertas kerja ini secara berkumpulan.(maksimum 2 ahli).
2) Binding yang cantik tidak membawa markah yang banyak.
3) Hantar ke bilik En MJJA(CEO) sebelum 27 April 2001 jam 4:00pm
Tugasan 2 - Kertas Kerja Rangkaian
[Utama] [Resume] [Link] [Duit]
[Baca Buku Pelawat] [Tulis Buku Pelawat]
is150.com copyright 2001