Kertas kerja ini adalah satu rancangan pembangunan satu prasarana rangkaian komputer yang canggih dan terkini untuk syarikat MJAA Sdn.Bhd. Syarikat ini mempunyai ruang lingkup perniagaan yang besar dan berprestij untuk lebih maju dan bersaing dengan syarikat penghantaran yang lain. Syarikat ini mempunyai cawangan-cawangan sendiri di dalam dan di luar negara. Syarikat ini beribu pejabat di Muar, Malaysia.
Syarikat ini telah lama beroperasi dan memiliki kemudahan premis dan kenderaan perniagaan yang baik dan mencukupi. Namun begitu, syarikat ini kurang maju dalam pembangunan teknologi pemprosesan barangan dan data secara berkomputer. Sistem rangkaian yang digunakan pada masa sekarang sudah tidak besesuaian dan kurang berdaya saing. Oleh itu satu prasarana rangkaian berkomputer dan sistem maklumat pekerja yang terkini perlu dibangunkan bagi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat.
Projek ini tertumpu kepada ibu pejabat MJAA yang berpangkalan di Muar, Johor.
Dalam menilai pemilihan rangkaian, beberapa isu
yang terlibat telah dikenalpasti iaitu sistem manual yang ada sekarang kurang
menyediakan skop yang cukup untuk menampung pertambahan perniagaan yang semakin
meningkat. Oleh itu rangkaian yang baru akan direkabentuk secara teliti dan ia
akan dipasang di MJAA ini. Dalam menyediakan rangkaian, beberapa perkakasan dan
peranti akan dibeli untuk menyokong keperluan rangkaian. Sebagai contoh dengan
menambahkan kad di dalam router dan juga pertambahan beberapa terminal.
Kami telah mencadangkan untuk memilih rangkaian Local Area Network (LAN) untuk dibangunkan supaya ia dapat berinteraksi dan berhubung di antara setiap paras. LAN merupakan sekumpulan komputer mikro atau peranti terminal stesen kerja yang terletak pada satu kawasan yang sama dan disambungkan oleh kabel ( litar komunikasi) agar mereka dapat bertukar-tukar maklumat. LAN digunakan di dalam bangunan dan ianya boleh disambungkan rangkaian backbone yang membenarkan transisi mesej keseluruhan dunia.
Di dalam
merekabentuk pelan, kami telah mengambilkira tiga faktor kajian awalan iaitu:
·
Bagi faktor
kedua ini, kami memastikan rangkaian dapat dilaksanakan dengan sempurna agar
urusan harian berjalan dengan lancar dan dapat meningkatkan produktiviti
pekerja.
·
Pembangunan
sistem rangkaian baru berdasarkan kepada konsep kos yang minima bagi
menyesuaikan kemampuan sumber kewangan syarikat.
Projek ini dijangka dapat disiapkan dalam
masa 10 – 12 bulan.
Apabila
pelan hampir siap, kriteria penilaian rangkaian perlu dibangunkan. Ia adalah
bertujuan untuk menilai dan mengukur prestasi semasa dalam merekabentuk dan
membangunkan rangkaian baru serta implementasi rangkain komunikasi data.
Dengan adanya rangkaian
ini, masa memproses dan masa tindakbalas akan menjadi lebih baik berbanding
sistem manual. Selain itu, kos penyelenggaran dapat dikurangkan kerana melalui
rangkaian ini masalah-masalah seperti kerosakan dapat diatasi. Rangkaian baru
yang dibangunkan juga dapat menghasilkan perkhidmatan dan kualiti yang lebih
baik dan cekap. Ini adalah kerana pengurangan beban kerja, memperbaiki kualiti
data dan persembahan rangkaian baru dapat dilakukan dengan cekap. Melalui
keupayaan rangkaian baru ia dapat menangani trafik serta mengurus kesesakan
yang bakal berlaku. Rangkaian baru ini juga dapat mengurangkan ralat dan
kesilapan berbanding rangkaian lama.
Rangkaian
baru yang kami cadangkan ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi serta masa
capaiannya cepat. Kami yakin bahawa ianya boleh diterima oleh pengguna, pekerja
dan pihak pengurusan organisasi. Sistem keselamatan dan mekanisma kawalan
adalah memuaskan bagi mengatasi ancaman seperti kegagalan rangkaian, ralat dan
pencerobohan maklumat. Oleh kerana rangkaian baru adalah lebih efisen,
berbanding rangkaian lama ini akan membenarkan rangkaian baru mempunyai jangka hayat yang lebih lama.
Setelah selesai mendapatkan maklumat daripada kajian awalan, pelan rekabentuk dan pemahaman tentang rangkaian semasa, barulah langkah seterusnya iaitu mengenalpasti keperluan rangkaian baru dapat dilaksanakan. Tujuan utama langkah ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan gambaran tentang fungsi-fungsi yang akan dilaksanakan di dalam rangkaian yang baru. Pada permulaan langkah ini, pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang syarikat perlu dikaji semula.
Kajian ini dapat membantu merekabentuk rangkaian yang sentiasa memenuhi citarasa semasa dan pada masa akan datang. Pelan jangka panjang dan jangka pendek menyimpan maklumat sekiranya organisasi mengemaskini atau mengubah matlamat, pembangunan projek, perbelanjaan yang besar, bahagian yang akan diberikan perkhidmatan rangkaian, penekanan terhadap keselamatan dan teknologi pada masa hadapan.
Langkah berikutnya setelah langkah keperluan rangkaian baru dilaksanakan ialah fasa skop geografi yang bertujuan untuk mengenalpasti lokasi fizikal di mana satu rangkaian baru akan dibina. Skop geografi dikenalpasti melalui definisi rekabentuk iaitu memetakan, merancang/pelan serta menyusun bahagian-bahagiannya supaya ia menjadi satu.
Untuk
memetakan rangkaian, terdapat
4 peringkat skop geografi iaitu peringkat antarabangsa, negara, bandar/negeri
serta kemudahan setempat.
Kedudukan setiap komputer, pelayan, hub dan juga peranti-peranti lain dalam bangunan MJAA telah dibincangkan di dalam skop geografi sebelum ini. Jumlah komputer berbeza mengikut bahagian tertentu dan ini memerlukan pengiraan kapasiti mesej yang akan dihantar oleh setiap bahagian ke pelayan pada setiap hari dan juga setiap jam.
Memandangkan MJAA merupakan satu syarikat penghantaran maka mesej yang dihantar adalah seperti jenis bungkusan, berat, masa penghantaran dan sebagainya. Mesej ini semua adalah dalam bentuk string dan numerik.
Oleh kerana MJAA tidak beberapa memerlukan penghantaran data yang unik maka dapatlah dikatakan yang kadar lalu-lintas rangkaian adalah tidak membebankan. Namun rangkaian yang dibangunkan ini mampu menanggung penambahan data untuk masa akan datang apabila perlu.
Rangkaian MJAA yang dibangunkan akan dimuatkan operasi laman sesawang syarikat. Oleh kerana pelanggan boleh memeriksa aliran bungkusan atau surat yang dihantar, maka masa tindakbalas yang diperlukan tidaklah perlu terlalu pantas. Adalah memadai jika tindakbalas server dan kehendak pelanggan mengambil tempoh 5 hingga 15 saat. Oleh itu keutamaan hubungan litar adalah kepada server laman sesawang syarikat.
Untuk memastikan bahawa sistem rangkaian yang baru bebas dari ancaman bahaya pencerobohan data dan pecah amanah, beberapa ciri-ciri keselamatan akan dibangunkan bersama dengan setiap aplikasi. Diantara ciri-ciri keselamatan yang dicadangkan ialah seperti berikut :
Bagi merekabentuk konfigurasi rangkaian setempat, pelbagai perkara perlu diketahui. Antara lain ialah definisi LAN itu sendiri dimana ia merupakan sekumpulan komputer atau peranti-peranti stesen kerja yang berada pada lokasi yang sama kawasan dan disambungkan dengan kabel-kabel yang sesuai. Oleh yang demikian LAN yang digunakan di dalam MJAA menyambungkan antara komputer-komputer, mesin faksimilli, stesen kerja dan juga perkakasan-perkakasan lain dengan tujuan berkomunikasi antara mereka.
Dua sebab mengapa LAN dibangunkan ialah:-
1)
berkongsi fizikal
di mana ia merujuk kepada satu komputer yang berkongsi peranti dengan komputer lain. Sebagai contoh di bahagian pemasaran, satu komputer boleh berkongsi pencetak atau disk drive yang berada pada komputer lain di bahagian lain. Faedah utama dengan berkongsi fizikal adalah dari segi kos terutama sekali berkongsi pencetak laser dan juga kos bagi perkakasan.
2)
berkongsi logikal
di mana ia merujuk kepada aplikasi perniagaan yang memerlukan pengguna mencapai fail data yang sama.
Langkah-langkah yang terlibat dalam memasang LAN ialah memasang kad antaramuka rangkaian dan kabel yang hendak digunakan, menyediakan komputer palayan dan juga komputer pengguna, memasang perisian LAN, membangunkan profil rangkaian dan langkah yang terakhir ialah proses log-in.
Dari segi topologi pula, MJAA akan menggunakan topologi bintang dan lebih dikenali juga sebagai topologi hub, di mana ia menyambungkan kesemua stesen kerja dari bahagian operasi kaunter ke satu stesen berpusat yang teletak di tempat yang sesuai iaitu ke cawangan-cawangan dan di ibu pejabat. Peranti-peranti tidak dihubungkan antara satu sama lain. Tidak seperti topologi mesh, topologi bintang tidak membenarkan trafik secara langsung antara peranti. Hub berfungsi sebagai penukar dimana apabila satu peranti menghantar data ke peranti lain, ia perlu menghantar data tersebut ke hub terlebih dahulu dan kemudian hub tersebut akan menghantar data tersebut.
Kebaikan Topologi bintang adalah ia lebih murah berbanding topologi yang lain. Ini kerana di dalam topologi bintang setiap peranti perlukan satu saluran dan juga satu pusat I/O ( input/ output ) untuk berhubung antara satu sama lain. Faktor ini menjadikan ia mudah untuk di install atau dikonfigurasikan. Kebaikan seterusnya ialah sedikit kabel sahaja yang diperlukan untuk menghubungkan antara satu sama lain. Kebaikan lain ialah jika satu saluran rosak, hanya saluran tersebut sahaja yang terganggu dan saluran yang lain aktif seperti biasa.
Walaupun sedikit kabel yang digunakan berbanding topologi mesh, tetapi setiap nod mesti dihubungkan kepada hub. Ini menyebabkan lebih banyak kabel diperlukan di dalam topologi bintang berbanding topologi lain ( seperti pokok, cincin dan bus ).
Standard yang digunakan di dalam LAN untuk MJAA ialah IEEE 802.3u di mana ia lebih dikenali sebagai Fast Ethernet. Ia direkabentuk berdasarkan 100baseTX. Kesemua Fast Ethernet menggunakan hub dan tidak boleh menggunakan vampire taps atau BNC cennector. Sistem 100 baseTX ini mengendalikan 2 pasang wayar iaitu UTP cat 5 dan dua pasang STP ( 100 base TX) dan fungsi yang pertama digunakan untuk menerima isyarat data dan yang kedua pula digunakan untuk menghantar isyarat data. Kabel yang digunakan bagi MJAA untuk menghubungkan antara cawangan ialah 100 baseTX twisted pair dengan UTP ( Unshielded Twisted Pair ) RJ45 cat 5 dan dengan kelajuan 100 Mbps dengan jarak maksimumnya 100 meter. Hub yang digunakan oleh 100 base TX dinamakan 100 baseT dan berjenama Accton. Bagi menghubungkan MJAA dengan Telekom, kabel yang digunakan ialah kabel telefon.
Kadar maksima dari segi data, panjang kabel, dan jumlah stesen ditunjukkan seperti jadual di bawah.
Kadar data maksima |
100 Mbps |
Panjang maksima kabel twisted pair setiap segmen |
100 meter |
Panjang maksima kabel twisted pair dari PC ke hub ( UTP cat 5) |
100 meter |
Jumlah maksima stesen |
1024 buah |
Langkah
seterusnya dalam pendekatan sistem bagi merekabentuk rangkaian ialah
mempertimbangkan pilihan untuk perisian. Tujuan fasa pemilihan perisian adalah untuk
mengatasi kekangan yang diakibatkan oleh penggunaan terminal dan perkakasan
yang berlainan. Dalam fasa ini, pemilihan protokol juga akan dibuat untuk
rangkaian. Perisian protokol akan menentukan cara kawalan dan jenis operasi
yang digunakan.
Komputer tidak akan beroperasi tanpa perisian.
Melalui perisian, ia membolehkan pengguna menggunakan komputer bagi
melaksanakan sesuatu kerja. Perisian ialah aturcara komputer yang ditulis dalam
bahasa komputer. Aturcara pula ialah
barisan kod-kod bahasa komputer yang disusun secara logik dalam melaksanakan
sesuatu kerja tertentu. Salah satu
tugas kerjanya ialah pemprosesan teks yang mengandungi fungsi menaip dokumen,
memformat dan mencetak dokumen, menyimpan dan mengambil semula fail dokumen.
Segala perisian yang dipasang (install) adalah seragam pada semua cawangan MJAA di seluruh Malaysia. Sekiranya berlaku kerosakan pada perisian tersebut, programmer yang bekerja di MJAA tersebut akan bertanggungjawab untuk memperbaikinya.
Setelah dipertimbangkan, bagi meningkatkan penggunaan rangkaian di MJAA, setiap cawangan akan menggunakan Windows NT, kerana semua paras akan dihubungkan kepada rangkaian di mana semuanya akan beroperasi secara on-line.
Langkah seterusnya dalam merekabentuk rangkaian ialah mempertimbangkan pemilihan untuk perkakasan. Perkakasan atau hardware merupakan peralatan komputer atau rangkaian yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti input, pemprosesan dan output.
Untuk merekabentuk sesuatu rangkaian, terdapat beberapa perkakasan yang perlu dipertimbangkan. Antara perkakasan yang biasa digunakan dalam sesuatu rangkaian ialah terminal atau microcomputer, gateways, modems, multiplexers, protocol converters, front end processor, host computers dan banyak lagi.
Antara komponen penting dalam perkakasan ialah media penghantaran. Berrdasarkan kajian yang kami lakukan, media penghantaran yang dicadangkan dalam rangkaian MJAA ialah kabel UTP (Unshielded Twisted-Pair) RJ45 CAT 5 dan kabel Coaxial.
Kabel UTP ataupun dikenali sebagai wayar berpasangan berpintal tanpa bertebat adalah diantara media penghantaran yang selalu digunakan di dalam medium telekomunikasi pada hari ini. Walaupun penggunaanya adalah meluas digunakan oleh sistem telefon, kadar frekuensinya berkemampuan dan sesuai bagi penghantaran teks dan suara. Kadar frekuensi yang disediakan ialah di antara 100Hz hingga 5MHz.
Rekabentuk
Terdiri daripada 2 penebat tembaga yang dibaluti dengan plastik atau PVC. Fungsi antara keduanya dibezakan dengan diberikan tanda pengenalan warna. Tanda pengenalan warna membantu memudahkan mengenalpasti perkaitan antara pasangan dalam satu ikatan yang besar.
Piawaian
Piawaian bagi wayar berpasangan berpintal digariskan oleh Electronic Industries Association (EIA). Ia menentukan kegunaan agar perlaksanaan sesuatu tugas dapat dilakukan dengan selamat dan berkesan.
Kategori-kategori piawaian ditentukan mengikut kualiti kabel di mana ketegori 1 adalah yang paling rendah manakala kategori 5 adalah yang paling tinggi. Terdapat 5 piawaian yang telah digariskan iaitu :
1. UTP 1 – biasa digunakan oleh sistem telefon. Berkeupayaan menawarkan kualiti untuk suara tetapi mutu suara yang dihasilkan adalah rendah
2. UTP 2 – sesuai untuk penghantaran data digital. Kadar bit yang boleh dibawa ialah 4Mbps.
3. UTP 3 – berupaya untuk menampung data sehingga 10Mbps. Piawaian untuk kebanyakan sistem telefon.
4. UTP 4 – berupaya untuk menampung data sehingga 16Mbps
5. UTP 5 – penghantaran data 100Mbps.
Setelah mempertimbangkan kesesuaian rangkaian di MJAA, kabel UTP kategori 5 telah dipilih sebagai media penghantaran. RJ45 connectors digunakan sebagai alat penyambungan kabel ini.
MJAA telah memilih kabel UTP ini kerana kosnya adalah murah, fleksibel dan mudah untuk proses pemasangan. Pemilihan ini juga adalah berdasarkan faktor jenis data yang dihantar oleh rangkaian MJAA. Oleh kerana data-data yang dihantar adalah berbentuk teks dan digit-digit (nombor), maka kabel ini amat sesuai digunakan. Namun begitu terdapat juga kelemahan dalam penggunaan kabel ini, di mana data yang yang dihantar mudah mendapat gangguan.
Penggunaan kabel coaxial di BSN adalah terhad. Kabel coaxial mampu membawa isyarat dengan kadar frekuensi yang lebih tinggi berbanding wayar berpasangan berpintal. Kadar frekuensi bagi wayar coaxial ialah di antara 100MHz sehingga 500MHz. Keadaan yang sedia ada ini adalah kerana binaan struktur kedua media penghantaran ini adalah berbeza. Wayar berpasangan berpintal menggunakan 2 wayar, manakala coaxial dibina dengan :
Rekabentuk
Bahagian tengah pusatnya terbina daripada penebat yang padu atau beberapa wayar yang disatukan secara berdekatan di dalam satu bekas. Kemudian dibaluti di lapisan luar dengan penebat yang diperbuat sama ada daripada besi, gangsa atau kombinasi keduanya atau tembaga.
Terdapat dua pelindung besi yang menyimpan/melindugi bahagian tengah pusat tadi, pelindung yang pertamna bertindak untuk menghalang daripada diganggu oleh bunyi bising, manakala pelindung yang kedua pula bertindak untuk menyempurnakan ‘circuit’.
Plastik pula digunakan untuk membalut keseluruhan wayar coaxial.
Piawaian
Rekabentuk kabel coaxial dikategorikan mengikut penilaian ‘Radio Government’. Setiap nombor yang diberikan oleh RG mewakili spesifikasi fizikal seperti ketebalan teras dalaman, kenipisan dan jenis pembalut untuk dalaman dan luaran, senibina pelindung dan jenis ‘outer casing’. Di antara piawaian yang digunakan ialah :
1. RG – 8 – Thick Ethernet
2. RG – 9 – Thick Ethernet
3. RG – 11 – Thin Ethernet
4. RG – 58 – Thin Ethernet
5. RG – 75 – TV
Ada 2 jenis alat yang biasa digunakan, iaitu :
1. Bayonet Network Connector (BNC)
- berbentuk bulat, biasa digunakan bagi sambungan TV dan VCR.
2. T-Connector dan terminators
- biasanya digunakan oleh Thin Ethernet
- membolehkan talian kedua ditarik dari talian utama dan boleh disambung kepada beberapa terminal
- terminators- diperlukan untuk topologi bus, berfungsi untuk menamatkan isayarat yang dihantar atas talian.
Selain daripada media penghantaran yang menjadi perkakasan kepada rangkaian, terdapat juga beberapa peranti penting yang digunakan dalam rangkaian MJAA. Antara peranti-peranti tersebut adalah :
1. Hub
¨ Terdapat pelbagai jenis hub yang digunakan di dalam rangkaian MJAA. Diantaranya ialah hub yang mempunyai 8 station port dan hub 16 station port.
¨ Fungsi hub ialah sebagai peranti utama di dalam topologi yang menyediakan hubungan antara nod-nod.
¨ Setiap cawangan MJAA akan mempumyai sekurang-kurangnya satu hub.
2. Router
¨ Router yang dicadangkan oleh MJAA ialah jenama Motorola 6560.
¨ Fungsi router ialah menghubungkan LAN (subnetwork) yang berlainan untuk mencipta rangkaian.
¨ Router juga berperanan dalam memilih jalan yang terbaik di antara 2 rangkaian yang mempunyai pelbagai pilihan jalan.
¨ Oleh kerana router mengetahui lokasinya tersendiri termasuklah destinasi paket terakhir, ia akan melihatnya dalam routing table bagi mengenalpasti jalan yang terbaik yang akan digunakan.
3. X.25
¨ X.25 adalah merupakan protokol pensuisan paket yang digunakan di dalam WAN.
¨ Ia berfungsi sebagai mainframe.
¨ X.25 yang dicadangkan di dalam rangkaian MJAA ialah dari jenis CODEX 80417.
4. Modem
¨ Modem yang digunakan oleh MJAA menggunakan sistem leased line.
¨ Sistem ini digunakan kerana kosnya lebih murah berbanding dengan dial-up.
¨ Terdapat pelbagai jenis modem yang digunakan. Ini adalah berdasarkan kepada keutamaan sesuatu rangkaian.
5. UPS
¨ UPS atau Uninterruptable Power Supply digunakan sebagai back-up sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.
¨ UPS hanya boleh bertahan selama beberapa jam sahaja sebelum bekalan elektrik yang sebenar dapat berfungsi dengan baik.
¨ UPS yang dicadangkan di MJAA adalah bersaiz 6 kva
6. Server
¨ Server dalam LAN merupakan sebuah PC yang amat berkuasa.
¨ Sever LAN boleh menjadi sama ada dedicated server di mana ia menyediakan keperluan rangkaian bagi fungsi tertentu ataupun sebagai PC pengguna yang juga dikenali sebagai PC pelanggan yang juga melakukan tugas server.
¨ Diantara server yang akan dibangunkan ialah server laman sesawang dan server penyimpanan data yang akan diletakkan di ibu pejabat MJAA.
7. DSD
¨ DSD atau Digital Sharing Device merupakan peranti yang digunakan bagi menghubungkan rangkaian MJAA di Muar dengan cawangan-cawangan kecil yang lain di sekitar negeri Johor.
¨ Peranti ini akan mengesan sama ada cawangan-cawangan tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.
¨ Sekiranya berlaku kerosakan di salah satu cawangan, lampu yang terdapat pada peranti DSD tersebut akan berkelip-kelip atau terpadam. Ini menandakan rangkaian di cawangan tersebut tidak berfungsi.
8. Microcomputer
¨ dikenali juga sebagai komputer peribadi atau terminal.
¨ Terminal digunakan pada setiap paras sebagai workstation yang akan menjalankan segala fungsi harian organisasi.
¨ Setiap komputer akan dilengkapi NIC (kad rangkaian 100 Base-T)
¨ Setiap jabatan di MJAA akan dilaksanakan secara online dan kesemua PC tersebut akan dihubungkan antara satu sama lain.
9. Pencetak
¨ Ia merupakan peranti perkakasan yang akan membantu mencetak output yang dikehendaki oleh pengguna PC.
¨ Pencetak ini diletakkan dihujung litar yang menghubungkan setiap PC bagi memudahkan pengguna membuat cetakan.
¨ Ia menggunakan konsep sharing agar setiap PC dapat dihubungkan
dengan printer sekaligus dapat menjimatkan kos perkakasan.
Apabila siap konfigurasi bagi rangkaian, maka tibalah masa untuk mengaggarkan kos bagi rangkaian yang akan dibangunkan. Berikut adalah kos yang telah dianggarkan untuk rangkaian kami ini.
PERKAKASAN & PERISIAN |
KUANTITI (unit) |
HARGA (RM) |
Mikrokomputer (PC – komputer peribadi) |
20 |
91,680.00 |
Pencetak |
4 |
1,700.00 |
Modem |
4 |
700.00 |
Hub |
4 |
4000.00 |
UPS |
4 |
2,500.00 |
Kabel UTP RJ45 cat 5 |
2000m |
4000.00 |
Windows NT |
- |
11,820.00 |
MICROSOFT OFFICE |
- |
10,879.99 |
Card Router |
5 |
7500.00 |
JUMLAH |
|
|