|
Fakta : Setiap kali anda melihat banner iklan seperti di atas, ada orang yang akan mendapat bayaran penyiaran iklan tersebut. In this case, that's me! :) Tahukah anda bahawa (walaupun anda tidak memiliki lawan web sendiri) anda juga boleh mendapat ganjaran wang lumayan hasil dari penyiaran iklan-iklan seperti itu? Iaitu hanya dengan membenarkan iklan-iklan sedemikian disiarkan di sudut kecil atas atau bawah skrin komputer anda ketika anda meluncuri halaman-halaman web kegemaran anda, membaca email, bermain 'online games', 'chat' dan sebagainya di internet. Sekarang anda berupaya berbuat demikian dengan menyertai program-program "GET PAID TO SURF" yang dipelopori oleh syarikat-syarikat agensi pengiklanan terkemuka internet. Semua program-program ini tidak mensyaratkan anda untuk melawat mana-mana halaman tertentu dan anda tidak perlu membeli sesuatu atau membayar sebarang yuran. Ianya PERCUMA 100%. Anda bebas mengunakan internet seperti biasa - mengikut selera anda, cuma yang bezanya kali ini anda dibayar!. Bagaimanakah ini mungkin? Nilai Ekonomi Web sedunia sekarang sedang menjangkau angka 1 TRILLION Dolar Amerika. Satu jumlah ekonomi yang sangat besar, lebih besar dari keseluruhan ekonomi Amerika itu sendiri. Penyumbang utama Ekonomi Web ini ialah "e-commerce" (Perdagangan Elektronik Tanpa Sempadan). Dalam mana-mana pun sektor perdagangan atau perniagaan yang berurusan dengan "mass consumer market", faktor pengiklanan teramatlah penting. Lebih-lebih lagi dalam dunia web tanpa sempadan ini, penentu kejayaan sesuatu industri e-commerce itu bergantung besar kepada iklan. Maka pengusaha-pengusaha e-commerce terpaksa bersaing hebat untuk mengiklankan product/service mereka kepada seluruh 'pengguna' web di seluruh dunia. Kerana mereka masing-masing mahukan 'potongan kek' yang lebih besar dari 'kek ekonomi' bernilai 1 TRILLION Dolar itu. Secara 'tradisinya', iklan internet adalah dalam bentuk 'banner' (seperti banner di atas, itu adalah iklan berbayar) dipaparkan di laman-laman web terpilih yang memiliki ramai pengunjung. Tetapi jumlah laman-laman web sekarang terlalu banyak dan mustahil setiap orang dapat melawat semua websites. Pengiklan pula terpaksa bersaing sengit untuk berurusan dengan website-website yang popular dan mempunyai ramai pengunjung. Kebanyakan webmasters pula (kerana ruang yang terhad) memilih syarikat pengiklan tertentu sahaja untuk berurusan, mengikut selera mereka. Dalam persaingan ini maka lahirlah program pengiklanan paling innovatif alaf baru ini, iaitu 'Get Paid To Surf Programs' di mana agensi pengiklanan bersedia berkongsi revenue (perolehan pendapatan) dengan para pengguna. Hasilnya masing-masing mendapat keuntungannya, iaitu pengusaha e-commerce dapat pendedahan produk kepada ramai pengguna seluruh dunia, agensi pengiklanan mencapai matlamatnya dan kita sebagai pengguna juga mendapat habuannya ($$$). |
[Utama] [Resume] [Link] [Duit]
[Tulis Buku Pelawat] [Baca Buku Pelawat]
is150.com Copyright act 2001 (r)