Pengenalan Terdapat dua bentuk am digunakan dalam menghantar data iaitu isyarat nalog dan isyarat digital. Kebanyakan pengguna sedar yang mana isyarat digital adalah lebih baik berbanding analog memandangkan telefon bimbit digital, televisyen digital dan pita digital seperti CD-Rom mengeluarkan kualiti audiovisual yang memuaskan. Oleh kerana isyarat digital dikatakan lebih baik, maka isyarat digital juga adalah lebih kompleks dan mehal.
Isyarat
Analog Isyarat analog ialah suatu isyarat yang lancar dan selanjar. Ia
juga dikatakan isyarat yang paling hampir kepada keadaan semulajadi. Salah satu
isyarat yang boleh digambarkan ialah suara manusia. Suara manusia jika
digambarkan pada alat elektronik seperti osiloskop, akan didapati gelombang yang
dihantar adalah selanjar.
Contoh Isyarat Analog : Suara, gambar, video
Dapat
dilihat bahawa isyarat analog merupakan satu gelombang yang selanjar pada satu
tempoh masa yang tertentu dan ia seolah-olah satu graf sin. Kadar turun naik
gelombang ini disebut frekuensi
yang boleh diukur dalam kitaran per saat atau Hertz. Isyarat analog boleh
berbeza dari segi amplitud ataupun kekuatan bunyi.
Diantara
medium penghantaran isyarat analog ialah wayar telefon.
Peranti Isyarat Analog Telefon, mikrofon
Isyarat
Digital Isyarat digital ialah satu isyarat yang mempunyai dua keadaan iaitu
dalam keadaan 1 (on) dan keadaan 0 (off), yang mana
satu bucu yang tajam diperolehi antara keadaan 1 dan 0. Disebabkan nilai 1 dan 0
ini adalah nombor diskret, maka ia digelar isyarat digital.
Contoh Isyarat Digital : Televisyen kabel
Dapat diperhatikan pada gambarajah 1.1, isyarat digital seolah-olah membentuk graf kotak-kotak.
Salah satu medium penghantaran isyarat digital adalah gentian optik. Ia memerlukan satu kos yang tinggi namun kini ia telah banyak digunakan.
Peranti
Isyarat Digital Televisyen kabel, kamera digital, Komputer
Isyarat digital kurang mengalami gangguan atau hingar yang tidak diingini. Oleh itu kebanyakkan sistem penghantarn data masa kini ke arah penggunaan isyarat digital. Faktor penggunaan komputer yang luas pada masa kini juga menjadi salah satu faktor manusia berubah ke arah penggunaan isyarat digital sebagai medium penghantar.
Penghataran data secara digital merupakan tumpuan masa kini, namun medium penghantaran yang ada disekitar kita masih berasaskan kepada isyarat analog. Contoh yang paling ketara ialah dengan penggunaan wayar telefon sebagai satu medium penghantaran. Tidaklah dinafikan yang isyarat data yang dikeluarkan daripada sumber-sumber seperti komputer merupakan isyarat digital. Oleh itu untuk menjadikan data komputer ini dipindahkan melalui wayar telefon, satu proses pertukaran isyarat perlu dilakukan. Proses penukaran isyarat digital kepada isyarat analog dikenali sebagai proses modulasi (modulation), manakala proses sebaliknya pula dekenali sebagai proses nyahmodulasi (demodulation). Oleh yang demikian bagi mengendalikan kedua-dua proses ini satu alat elekronik digunakan iaitu modem.
|
Isyarat
Analog
|
Isyarat
Digital
|
Teknologi
|
Teknologi lama |
Teknologi baru |
Kegunaan
|
Direka untuk suara |
Direka untuk suara dan data |
Ujian data
|
Tidak sesuai untuk data |
Lebih banyak pilihan ujian |
Gangguan
|
Bising dan gangguan yang menyakitkan |
Kurang gangguan |
Kelajuan
|
Kurang kelajuan |
Kelajuan tinggi |
Kos kemaskini data
|
Kos yang tinggi |
Kos yang rendah |
Kos pengeluaran
|
Kos yang rendah |
Kos yang tinggi |
Rajah 1.3 Perbandingan Isyarat Analog dan Isyarat Digital
Memandangkan
keupayaan isyarat digital dapat dihantar dengan tepat dan cepat kepada stesen
penerima.Keadaan ini dapat menjimatkan masa dan ruang storan serta kos
kemaskini.Isyarat digital mempunyai kebarangkalian ralat dalam melakukan
kesilapan yang kecil.Ini menyebabkan kesilapan dalam menghantar data akan
berkurangan.
Kos
untuk mengemaskini data dan ruang storan menjadi
kecil kerana setiap data dapat dihantar dengan cepat kepada stesen penerima,
oleh itu setiap ruang storan dapat
digunakan dengan jitu dan cekap.Disamping itu penghantaran maklumat melalui
isyarat digital membuatkan maklumat
itu lebih dipercayai kerana isyarat digital kurang terdedah kepada
gangguan luar.
Masa
untuk setiap data atau maklumat dihantar menjadi semakin cepat dan ini menjadikan penyebaran maklumat menjadi semakin mudah
dan pantas. Penghantaran isyarat digital menjadi
lebih relevan pada masa kini kerana
kebanyakan sistem maklumat menggunakan komputer sebagai medium
perantaraan memandangkan komputer hanya boleh menerima isyarat digital
sahaja.
Memandangkan
medium penghantaran isyarat digital tidak banyak dan kos pengeluaran medium
seperti rangkaian gentian optik, cakera satelit, satelit dan medium lain adalah
tinggi, maka ia menjadi kelemahan utama dalam perlaksanaan penghantaran isyarat
digital
Disamping itu juga isyarat digital perlu melalui banyak peringkat untuk aplikasikan.Sebagai contoh penggunaan modem untuk menukar isyarat digital kepada isyarat analog. Ini kerana tidak semua perkakasan boleh menerima isyarat digital.Sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada mana- mana perkakasan penghantaran maklumat, maka isyarat digital yang dihantar mungkin akan berlaku ralat yang mungkin akan mengelirukan pihak penerima yang kemudiannya boleh menimbulkan masalah.
Kebaikan Isyarat Analog
Antara kebaikan isyarat analog ialah kos pemasangan dan pembinaan yang murah dan ringkas.Ini kerana setiap perkakasan yang digunakan untuk membolehkan penghantaran isyarat analog adalah seperti wayar telefon dan penghantaran bunyi melalui suara secara terus kepada penerima.Keadaan menyebabkan kos untuk penggunaan isyarat analog adalah murah dan ringkas.
Kebaikan dalam menggunakan isyarat analog ialah kebanyakan sistem penghantaran maklumat masih menggunakan kaedah isyarat analog seperti penggunaan telefon wayar.Oleh adalah mudah untuk menghantar maklumat atau data kepada stesen penerima kerana maklumat tidak perlu melalui banyak peringkat.
Maklumat yang dihantar secara isyarat analog senang untuk difahami oleh pihak penerima dan ini menyebabkan masalah salah faham maklumat dapat dielakkan.Disamping itu juga isyarat analog juga dapat digunakan secara meluas didalam kehidupan seharian kerana perkara asas dalam isyarat analog adalah berkaitan dengan alam semula jadi.
Kelemahan
Isyarat Analog
Kelemahan seperti masalah ralat dalam penghantaran maklumat mudah berlaku sekiranya adanya gangguan alam semula seperti hujan lebat, ribut yang mana kebanyakkan perkakasan elektronik yang ada kini tidak dapat mengelak daripada berlakunya ralat penghantaran.
Masalah ruang storan juga merumitkan pihak penghantar maklumat kerana maklumat analog memerlukan ruang storan yang besar, masa dan kos untuk menyimpan dan mengemasakini maklumat yang ada.
Maklumat dalam bentuk isyarat analog akan menjadi masalah sekiranya ianya dihantar kepada sistem yang hanya menggunakan isyarat digital sahaja dalam pengaplikasiannya.Ini kerana proses demodulasi perlu dilakukan.
Kesimpulan
Oleh kerana pengunaan medium isyarat analog telah digunakan secara meluas sebelum adanya aplikasi isyarat digital, maka kita tidak dapat menggunakan penghantaran data secara digital dengan lebih meluas. Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa penggunaan isyarat analog semakin berkurangan dan pengunaan isyarat digital secara menyeluruh akan berlaku kelak.
Abdullah Mohd. Zin
Md. jan Nordin
Prentice Hall 2000
Trevor Housley
Prentice Hall 1987
Abdul Razak Hamdan dan Rakan-rakan
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM 1999
[Utama] [Resume] [Link] [Duit]
[Baca Buku Pelawat] [Tulis Buku Pelawat]
is150.com copyright 2001