Fadilat
dan Manfaat Solat
Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Amalan bersolat boleh
memberikan kita manfaat senaman minda dan senaman jasmani selain
daripada memberikan kita jiwa yang tenang. Pergerakan solat yang
di lakukan berulangkali setiap hari mampu memberikan kesihatan kepada
tubuh dan menghindar segala penyakit jasmani seperti lemah jantung,
darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai
lagi penyakit fizikal yang lain.
Berikut adalah di antara manfaat bersolat mengikut
pergerakan solat tersebut.
Posisi pertama
Berdiri lurus dan kedua dua tangan
di angkat ke atas.
|
Faedah
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak
sama rata kepada dua kaki. Belakang
lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran
dapat dikawal dan dikonsentrasikan. Pandangan
mata ke tempat sujud.Otot otot atas dan bawah
bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah
bersatu. |
Posisi kedua
Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah
|
Faedah Menimbulkan konsentrasi minda.Merehatkan kaki serta bahagian belakang,
menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam
bacaan , hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan
dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam
keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran
dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i, u, merangsangkan hati,
kelenjar gondok (thyroid), kelenjar 'pineal', 'pitunitary',
kelenjar adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan
perjalanan semua anggota tubuh tersebut. |
Posisi ketiga
Rukuk
|
Faedah Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis.
Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang.
Lama-kelamaan gaya ini akan
mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan
hati dan mengharmonikan batin. |
Posisi keempat
Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk
|
Faedah
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya
rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak
berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan. |
Posisi kelima
Sujud
|
Faedah Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan
otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit. Menambah
aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala
(termasuk mata, telinga dan hidung) dan paru-paru.'Mental
toxin' minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan
dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan
kedudukan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi-sendi.
Menghapuskan egoisme dan keangkuhan.
Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada
Allah. Meninggikan maqam ruh dan
menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan.
Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat. |
Posisi keenam
Duduk di antara dua sujud
|
Faedah Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak
diatasnya.Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin)
dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar.
Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah
badan mereka.Posisi tubuh badan memberikan kerehatan yang
selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan
kandungan-kandungan dalam perut ke bawah. |
Posisi ketujuh
Sujud kedua
|
Faedah
Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat
saraf. Memberi keringanan pada badan
dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan
seluruh badan lebih sempurna. Sistem
urat saraf jadi lebih seimbang. |
Posisi kelapan
Bangun semula dari sujud.
|
Faedah Darah
kembali peredarannya ke tubuh atas.Posisi Ini membantu mengeluarkan
keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan
otot pada usus besar osisi tubuh badan memberikan kerehatan
yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan
kandungan-kandungan dalam perut ke bawah. |
Pendapat doktor perubatan
Doktor perubatan telah menerangkan manfaat posisi
bersolat sebagai berikut :
-
Sujud fizikal menambah kekuatan aliran darah
ke otak dan menggelakkan penyakit pening kepala,migraine
dan menajamkan akal. Juga melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan
kedudukan organ ke tempat asalnya.
-
Memudahkan wanita di dalam proses bersalin kelak
-
Merangsang payudara untuk menghasilkan susu untuk bayi
-
Mengurangkan kegemukan (obesiti)
-
Melegakan paru paru dan ketegangan saraf
-
Menggelakkan pendarahan otak
-
-
Membetulkan kedudukan buah pinggang
-
Melegakan sakit senggugut wanita
dan berbagai lagi manfaat
kesihatan lain.
Firman Allah SWT:
"Apakah sebab kami masuk neraka? Jawab mereka: kami tidak mengerjakan
solat."
(Surah Al Muddathir: 42-43)
Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Janji antara kami dengan mereka (orang kafir) ialah solat barang
siapa yang meninggalkan solat maka ia benar telah kafir."
(HR:AbU Daud , At Tirmizi dan Nasai)
Rasulullah s.a.w.
bersabda
"Amalan seseorang hamba yang pertama akan dihisab kelak ialah
solat,maka jika solatnya rosak maka amal lainnya akan rosak."
(HR:TABRANI)
Dengan
ingatan tulus ikhlas,
|